Amanjaya, Kedah akan diletakkan di bawah TEMCO
Amanjaya, Kedah akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan yang disasarkan (TEMCO) mulai esok.
Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata TEMCO akan dikuatkuasakan sehingga diberitahu kelak.
Ia akan melibatkan 22,360 penduduk dan 265 keluarga, yang semuanya akan disaring oleh pegawai kementerian kesihatan.